Sunday, 27 November 2011

Taniah Diucapkan kepada Calon UPSR 2011

Keputusan Peperiksaan UPSR 2011 Sk Sungai Berua

Ahmad Bustaman B Kamarudin-1A1C3D
Tarzan Bin Ketak-1D4E

Friday, 21 October 2011

Program Kembara Amal PPT

SUNGAI BERUA ( 02 Oktober 2011 )Satu Program Kembara Amal PPT Ke Sungai Berua telah diadakan, Y.A.M TENGKU SRI TEMENGGONG RAJA,D.K.,S.S.M.T DATO' SERI TENGKU BAHARUDDIN IBNI AL-MARHUM SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH telah datang ke Kg Sungai Berua.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan semasa kedatangan Tengku,antaranya aktiviti menyumpit belon,tarik upeh,boling padang dengan menggunakan buah kelapa sebagai bola dan sebagainya,







Tengku juga berkenang menyampaikan hadiah kepada pemenang yang menyertai pertandingan serta sumbangan hamper kepada penduduk Kg Sungai Berua.


Monday, 17 October 2011

TOKOH GURU





TOKOH GURU

            Encik Abdul Salim bin Adam dilahirkan di Sungkai, Perak pada 13 Mac 1956. Menetap di Batu Buruk, Kuala Terengganu bersama isteri tersayang, Noriah binti Yaacob. Pasangan bahagia ini dikurniakan tiga orang anak dan dua orang cucu.
            Mendapat pendidikan awal di SK Bikam, Sungkai, Perak dan meneruskan pendidikan menengah di SMK Sheikh Abdul Ghani, Bidur, Perak sehingga ke peringkat Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1974. Manakala pada tahun 1991, beliau memperoleh Sijil Perguruan dari Maktab Teknik, Cheras, Kuala Lumpur.
            Sebelum menceburi bidang kerjaya perguruan di SK Sungai Berua, En.Abdul Salim pernah berkhidmat sebagai Pembantu Luar Hal Ehwal Orang Asli di Kuala Terengganu. Pengalaman beliau berkaitan dengan Orang Asli menjadikan beliau sangat rapat dengan masyarakat Orang Asli Sungai Berua.
            En. Abdul Salim telah berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di SK Sungai Berua selama 17 tahun. Peluang kenaikan pangkat daripada gred DGA32 (KUP) kepada gred DGA32 (Hakiki) menyebabkan beliau ditukarkan ke SK Tok Dir, Kuala Terengganu sebagai Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum pada Oktober 2010.
            Sepanjang berkhidmat di SK Sungai Berua, beliau telah mendapat sebanyak tiga kali Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) iaitu pada tahun 1999, 2005 dan 2010. Dalam pasukan badan beruniform pula, beliau merupakan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Kuala Terengganu. Malah, beliau telah dikurniakan Pingat Pengakap Lama Berkhidmat oleh Pemangku Raja Terengganu, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin pada tahun 2009 kerana penglibatan beliau yang terlalu lama dalam Persekutuan Pengakap Malaysia.
            Diperingkat komuniti, beliau merupakan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi Kampung Ladang, Kuala Terengganu. Malah, beliau juga merupakan Setiausaha UMNO Cawangan Ladang, Kuala Terengganu. En.Abdul Salim juga memegang jawatan Setiausaha Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu.
            Sebagai seorang guru yang paling lama berkhidmat di SK Sungai Berua, beliau tidak dapat melupakan kenangan manisnya ketika proses pengislaman beramai-ramai penduduk Orang Asli Kampung Sungai Berua pada tahun 1994. Manakala cabaran hidup sebagai seorang guru pada awal penubuhan sekolah ini iaitu sebelum diambil alih Kementerian Pelajaran Malaysia, merupakan pengalaman pahit yang sangat berharga buat beliau. Ini kerana pada awal penubuhan SK Sungai Berua, segala kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih dan tenaga elektrik tidak disediakan.
            Falsafah hidup beliau ialah ‘Buat Sehabis Baik’. Beliau juga mengukilkan kata-kata hikmah sebagai motovasi untuk warga Berua iaitu ‘betulkan yang biasa dan biasakan yang betul’. Sesungguhnya SK Sungai Berua sangat dekat dihati beliau walaupun beliau telah bertukar ke sekolah lain.
            Terima kasih Cikgu Salim.

Sunday, 28 August 2011

Ahli falak ramal Aidilfitri pada 30 Ogos 2011




Beberapa orang ahli falak yakin umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri pada Selasa, 30 Ogos ini berdasarkan kajian dan perkiraan hisab serta kedudukan anak bulan Syawal.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Tuan Syed Kamaruzaman Syed Kabeer, andaian itu dibuat kerana penentuan awal Syawal 1432H menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).

“Berdasarkan perkiraan itu, anak bulan dijangka sudah cukup syarat untuk memulakan bulan baharu (Syawal) pada 30 Ogos ini,” jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, tarikh sebenar hari raya tetap tertakluk kepada perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja.

Menurutnya, perkiraan hisab di negara ini turut diamalkan di negara serantau seperti Indonesia dan Singapura.

Di Melaka, Ketua Bahagian Falak Syarie Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr. Kassim Bahali juga sependapat dengan Syed Kamaruzaman bahawa hari raya diramalkan jatuh pada Selasa kerana berdasarkan hisab, kedudukan bulan pada 29 Ogos ini bersamaan 29 Ramadan memenuhi kriteria Imkarnur Rukyah (kebolehnampakan).

“Hilal iaitu anak bulan dijangka memenuhi syarat minimum yang ditetapkan iaitu umur anak bulan sudah melebihi lapan jam.

“Anak bulan ialah cahaya bulan yang mula-mula kelihatan selepas ijtimak iaitu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan,” katanya ketika dihubungi di Melaka semalam.

Beliau menjelaskan, berdasarkan faktor ini, 1 Syawal 1432 Hijrah dijangka jatuh pada Selasa, 30 Ogos ini.

- KOSMO!

Sunday, 31 July 2011

Berhati-hati melayari Internet - Fikir sebelum klik


   
SERINGKALI kita melihat pautan-pautan di laman web atau video yang menggunakan imej-imej seksi ketika melayari laman sosial kegemaran seperti Facebook.

Ayat-ayat yang digunakan pula berbaur seks dan sangat jelas untuk difahami bagi menambahkan lagi keinginan seseorang untuk melihatnya.

Terdorong oleh nafsu, butang diklik tetapi tiada apa yang berlaku. Sebenarnya tanpa disedari, anda telah diserang dengan aktiviti phishing.

Phishing adalah cubaan untuk mendapatkan maklumat sensitif pengguna yang dimasukkan ke dalam komputer peribadi tanpa disedari.

Aktiviti tersebut semakin kerap dapat dilihat di laman-laman sosial sejajar dengan kenaikan kadar penembusan Internet terutama laman sosial di Malaysia.

Menurut syarikat yang menjalankan kajian pemasaran Internet, comScore, Malaysia adalah negara kedua paling tinggi aktiviti penembusan rangkaian sosial di Asia Tenggara iaitu sebanyak 91 peratus selepas Filipina.

Link jahat

Tambahan pula, menurut Peneraju Perniagaan Norton rantau Asia Selatan, Symantec, Effendy Ibrahim, Laporan Jenayah Siber Norton 2010 menemui 65 peratus pengguna internet di Malaysia tidak meletakkan seting akaun laman sosial mereka kepada tahap paling tinggi.

“Ia menjadikan informasi lebih mudah dilihat pada bila-bila masa. Selain itu, kajian turut menemui kebanyakan penjenayah siber menggunakan laman sosial sebagai tempat menghantar link ringkas ke laman web yang berniat jahat,” ulasnya lagi.

Link-link ringkas itu dianggap berniat jahat kerana ia akan membawa pelayar Internet ke laman web yang berbeza seperti dipaparkan, manakala destinasi sebenar link tersebut disembunyikan daripada pengetahuan pelayar Internet.

Kebanyakan link tersebut menggunakan paparan dan imej yang seksi bagi menarik pelayar Internet supaya mengklik link ringkas tersebut.

Tambah Effendy, dalam tempoh masa tiga bulan pada tahun 2010, dua pertiga link-link jahat itu berada dalam paparan News Feed laman sosial, manakala 73 peratus daripadanya telah diklik sebanyak 11 kali atau lebih.

“Ia membuktikan penggunaan link-link yang dipos itu sangat efektif,” ujarnya ringkas.

Sehingga bulan Mac 2011, kata Effendy, CyberSecurity Malaysia telah mengenalpasti sekurang-kurang 900 laman phishing yang menyasarkan kepada institusi kewangan.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat perbankan dan laporan mendapati secara purata sebanyak 260,000 identiti telah didedahkan pada tahun 2010.

Dakwa Effendy lagi, dalam pemerhatian mereka, informasi kad kredit yang berharga itu didagangkan di pasaran gelap online pada harga serendah 30 sen perdata sahaja.

Jenayah siber secara dalam talian akan meningkat setiap tahun dan sukar dihapuskan sama sekali. Symantec telah mengesan sebanyak 286 juta ancaman baru pada tahun 2010.

Ia bersamaan sembilan ancaman baru untuk setiap saat sepanjang tahun.

Jenis link

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP), Johary Mustapha, 33, berkata, terdapat dua jenis link yang sering dipapar dalam laman sosial atau sesawang seseorang itu.

“Kedua-duanya bersifat mengelirukan dengan paparan wanita seksi atau berbentuk soalan kuiz tetapi berbeza tahap bahaya.

“Salah satunya adalah semata-mata bertujuan untuk pengiklanan sahaja. Ia dapat dikesan apabila arahan akhir yang diberi adalah memasukkan nombor telefon sebagai pengesahan,” ulasnya ketika dihubungi Infiniti baru-baru ini.

Menurut Johary, pautan itu dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dianggap sebagai kreatif memanipulasi orang ramai supaya melawat laman web mereka.

Tambahnya, link sebegitu tidak akan merosakkan atau mendatangkan bahaya kepada pengguna jika ditekan berbanding dengan jenis pautan yang lagi satu.

Pautan kedua dianggap merbahaya kerana ia menyebabkan gangguan Adware walaupun masih menggunakan teknik yang sama sebagai tarikan.

Link tersebut boleh dikesan apabila setiap kali pelayar Internet menekan butang pautan untuk menonton video atau sebagainya tetapi, tiada apa yang berlaku.

Malah, dalam sesetengah pautan, ia mengkehendaki pengguna memuat naik perisian atau fail dengan alasan jika menonton video akan menjadi lebih cepat.

“Serangan Adware sangat berbeza dengan virus, ia tidak akan memberi kesan kepada komputer atau telefon bimbit tetapi, berkemampuan mengumpul semua data yang pengguna masukkan,” katanya.

Data-data seperti kata laluan untuk Log In laman sosial, kata kunci, nombor akaun bank yang lebih dikenali sebagai Cookies boleh dikumpul dan dihantar kepada individu yang mencipta link tersebut.

Ujar Johary lagi, pengguna dinasihat supaya berhati-hati dengan arahan memuat naik fail yang mempunyai nama domain .exe dan .bat kerana apabila sesuatu perisian secara tidak sengaja dipasang, pengambilan data menjadi lebih mudah.

“Serangan Adware boleh dikesan apabila setiap kali laman web dibuka, amaran Pop-up akan muncul,” ulasnya lagi.

Bagaimanapun, Johary menambah bagi perbankan internet, tahap keselamatannya tinggi hingga ke tahap dua atau tiga seperti memerlukan pengguna membuat pengesahan melalui telefon bimbit.

- KOSMO!

Selamat Berpuasa Kepada Semua Warga Sksbr

Selamat menyambut bulan ramadhan bagi semua kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas Insyaallah.



Saturday, 30 July 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BERUA KE KUALA LUMPUR,SELANGOR DAN MELAKA

Pada 20 julai - 23 julai 2011 satu lawatan telah diadakan oleh pihak sekolah SKSBR dan seramai 25 orang murid telah mengikuti lawatan tersebut.Objektif lawatan tersebut ialah untuk
i.                     Memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai sendiri persekitaran setempat serta melihat peluang-peluang pekerjaan yang terdapat disekeliling mereka.
ii.                  Mengalakkan para pelajar untuk terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti disamping dapat memanfaatkan pengetahuan yang diperolehi  semasa lawatan dalam kehidupan seharian.
iii.                   Melahirkan pelajar yang berilmu, berdaya saing dan dapat bersaing dengan dunia luar
Antara tempat yang dilawati adalah Zoo Negara,Malaysia Productivity Corporation ( MPC),KLCC,Putrajaya dan banyak lagi.
Matlamat yang dicapai selepas mengadakan lawatan tersebut ialah:

1.       Pertambahan dari segi kedatangan murid ke sekolah,mungkin disebabkan perkongsian pengalaman antara murid yang pergi melawat dengan murid-murid lain
2.       Murid-murid juga lebih mudah untuk  di ajak berinteraksi dan boleh menjawab terutama bila ditanya oleh orang luar semasa lawatan/selepas lawatan.
3.       Murid-murid memperolehi pengalaman yang menyeronokkan dan mengembirakan selepas lawatan tersebut